ini reviewnya.....
·
Iza… seorang wanita yang cekal bagi aku la. Hanif suaminya tapi ibaratkan tidak bersuami.
Kerana dia tidak mahukan anak kerana baginya anak merupakan satu beban.
Kisahnya bermula iza mengandungkan anak ke3 dan dia memberitahu suaminya yang
dia mengandung, ingatkan suaminya akan suka tetapi rupanya tidak dan Sebaliknya
suaminya suruh gugurkan. Tetapi iza tidak mahu gugurkan. Dan dia bertekad akan
meneruskan walaupun hanif tidak mahu bertanggujawab. Iza merupakan seorang
wanita berkerjaya dan berdikari. Selama ini, wang dapur, keperluan harian semuanya ditaggung
oleh iza sampaikan duit untuk mak hanif pun iza yang masukkan. Tetiba kisahnya
hanif mahu berkahwin lain dan iza mengizinkan dan tidak lama setelah iza
melahirkan anaknya hanif menceraikan iza.
·
Hanif… wataknya seorang anak mak.. al maklum la
kerja sedap daripada adik beradik lain. Sikap bertanggungjawab.sanggup menyuruh
isterinya sendiri menggugurkan anak mereka kerana dia tidak mahukan anak.
Sikapnya memang teruk.
·
Haznil.. dialah lelaki yang membantu iza
dikampung. Dan memberikan kasih sayang seorang ayah kepada anak iza dan hanif.
Dia jugalah yang membantu iza menjaga anak2 ketika iza dalam pantang dan
memberikan iza kerja.
·
Setelah
iza bercerai dengan hanif, iza berkahwin dengan haznil dan mereka hidup bahagia.
Begitulah kisahnya. Hanif hidup menderita apabila melihat si isteri berkahwin
dengan lelaki lain.
·
Untuk pengetahuan uollzz, aku suka dengan
penulis ni, dia tak membiarkan iza kembali kepada hanif lelaki yang tak
bertanggungjawab tu. Sebaliknya memilih haznil. Tidak seperti novelis lain bagi
mereka setiap manusia harus bagi peluang kedua. Tetapi bila kita relate dengan
dunia sekarang xde maknanya mahu peluang ke2. Dan puan nueen menjadikan iza
seorang yang kental walaupun dicaci dan dihina, biasalah lumrah manusia memang
hidup dengan fitnah. Seperti sekarang group membawang dan nitizen orang
gelarkan.
·
Happy ending itu yang penting. bintang yang aku bagi citer ni 4 bintang.
citer ni ada pengajaran ye geng...
salah satunya.... anak lelaki harus memberi nafkah kepada isteri dan ibunya bukan c isteri yang memberi nafkah kepada ibu mertua. kalau nak bagi takpe bukan secara paksa tetapi dengan seikhlas hatinya.
bukan ker anak itu adalah satu rezeki bukannya satu beban ye. kita harus bersyukur kerana dikurniakan anaknya. tengoklah pasangan suami isteri yang sukar untuk mempunyai zuriat. berbagai2 cara mereka cuba.
No comments:
Post a Comment