Buku muna
paling latest. Best sangat2 citer dia.
Citer novel
ni ringkas je. Dalam beberapa jam je blh habis tapi aku ni jenis baca yang
jenis main-main. Jadi makan masa yang lama la sikit. Pada asalnya datuk huzer
meminta nasuha berkahwin dengan calon pilihannya tetapi nasuha tidak mahu
kerana baginya dia masih muda. Dan huzer sebagai abang yang menyanyangi adiknya
dia sanggup berkorban untuk berkahwin dulu. Huzer memilih atiya untuk dijadikan
pasangan hidupnya. Pada dasarnya keluarga mereka mahu huzer berkahwin dengan
arissa. Kakak kepada atiya. Tetapi huzer tidak mahu mengikut pilihan keluarga
dan memilih atiya. Dan atiya setuju kerana sanggup berkorban demi keluarga yang
mahu bergabung dua buah syarikat. Dan sejak itu arissa mula menjauhkan diri
dari atiya kerana pada yang sama dia pun jatuh hati kepada c huzer. Huzer
memang sengaja memilih atiya. Kerana dia tidak mahu jatuh cinta dan memerlukan
perempuan yang tidak ada hati padanya. Bermulalah rumah tangga mereka dengan
tidak bahagia seperti pasangan mempelai yang lain. Nasuha sentiasa menasihatkan
abangnya supaya sentiasa bersikap baik dengan isterinya dan begitu juga dengan
atiya, nasuha sentiasa memprovok yang abang dia seorang yang baik. Tetapi atiya
tidak mmendengar kerana dia telah mempunyai pilihan hati yang bernama fahim.
Tetapi dia sedar dia tidak dapat bersama dengan fahim sebab statusnya. Dan
huzer tidak pernah naik tangan kepadanya. Lama kelamaan, huzer jatuh hati
dengan atiya dan cuba mengugut fahim supaya berlakon dia hanya jatuh cinta
dengan atiya hanya kerana harta bukan kerana cinta. Dan dia buat itu kerana
huzer mengugut menarik biasiswa adik fahim. Dan atiya dengar dan terus percaya
yang selama ini fahim tidak pernah jatuh cinta kepadanya. tetapi bahagia mereka
hanya sekejap kerana atiya berjumpa dengan liz di shopping complex dan bertanya
mana fahim dan liz menceritakan semua dari awl perbuatan huzer. Dan atiya
berasa marah kerana telah ditipu oleh huzer dan meminta huzer melepaskannya dan
huzer menyatakan yang dia tidak akan melepaskan atiya kecuali ajal telah
menjemput dan huzer keluar dari rumah dan tidak balik selama 2 hari dan atiya
tertanya-tanya dimanakah huzer dan tiba-tiba nasuha menelefonya dan mengatakan
huzer berada di wad icu dan atiya terkejut kerana suaminya betul2 pergi
meninggalkannya. Tetapi itu adalah lakonan 2 beradik tersebut dan bermulai dari
itu mereka betul2 bahagia tiada lagi berasa sengketa. Dan fahim telah berkahwin
dengan gadis pilihannya.
Citer ni
happy ending, dan mereka akan mendapat baby. Begitu citernya. aku tak pandai
nak review mcmana lagi. Ini je la untuk
kali ini.
No comments:
Post a Comment