Korang nak tahu... ni buku paling baru aku bace tau. Aku terima buku ni pada 4/10/2018. Memang fresh lagi la. Tapi aku tengok ramai je yang dah letgo untuk preloved. Cik tet merupakan salah seorang novelis yang aku suke jugak la. Buku2 lain.... aku tak sempat nak review sebab aku dulu2 aku tak berapa minat nak review. Tapi bila fikir balik. Baik aku buat je review nanti xde la aku kene bace balik kan. Untuk citer yang tak best la. Tapi buku ni memang best. Memang sweet.
Jebat mencari gadis yang telah menyebabkan adiknya kecewa dan telah menyebabkan lumpuh seumur hidup. Dan gadis itu adalah aisyah. Aisyah dijadikan isteri tetapi pada dasarnya tak di layan sebagai isteri hanya kerana ingin membalas dendam.
Aisyah tidak sanggup dirinya mempunyai madu dan aisyah pergi meninggalkan jebat dan jebat mencari aisyah. Dan akhirnya jebat berjumpa dengan aisyah yang berkerja di sebuah resort. Dan jebat hanya mahu aisyah seorang sahaja yang berkemas di biliknya kerana dia ingin bersama isterinya. Suami mana tak rindukan isteri kan.
Jadi jebat menggunakan kuasa vetonya untuk mengikat aisyah. Dan mahu membawa aisyah pulang ke rumahnya semula. Konon2 sesi memujuk la ni. Dan aisyah masih berkeras kerana dia tidak mahu berada di rumah jebat kerana inara (yang merupakan madu tipu) ada dekat rumah. Dia tidak mahu mengganggu kehidupan jebat dengan isteri barunya.
Diakhir cerita, jebat membawa pulang aisyah kepangkuan, inara hanyalah orang untuk menyakitkan hati aisyah kerana dendam jebat. Dan jebat telah mengetahui kebenaran yang aisyah bukanlah berlaku curang dengan tuah tetapi sebaliknya iaitu tuah yang berlaku curang dengan camelia. Dan jebat tersilap kerana mempercayai camelia merupakan dalang dalam semua cerita. dan tuah boleh bercakap dan kerana tuah jugaklah jebat mencari isterinya balik dan mereka hidup bahagia.
Ceritanya simple je. Takde banyak konflik. Ok je la bagi aku. Ok la guys lain kali pulak aku review citer cik tet ye. pic buku nanti2 la aku upload... malas nak cari lagi...
No comments:
Post a Comment