Monday, 22 October 2018

review novel: duda milik aku - hana (he)



Aku akan review ringkas je.. sebab ini untuk aku je. Novel ni dah cetakan ke2 tau. Aku baru je dapatkan. Mungkin sebelum ni aku tak kenal lagi kot novelis ni. Sebab aku ni selalu beli novel kat kedai je tapi sejak aktif dengan facebook ni aku kenal la 2, 3 orang seller jual buku. Novel ni novel selfpublish, memang takde kat kedai tapi tak tahu la kot novelis ni akan kembang bakat dia dengan jual novel ni kat kedai suatu ari nanti. Siapa tahu kan. Tapi setakat ni memang xde kat kedai la. Tapi boleh cuba dapatkan kat seller on9. Dengan aku kalau nak beli tapi preloved la. Tapi sekali aku bace sekali je la.

Novel ni biase2 je bagi aku. Memang banyak jugak la perempuan meninggalkan lelaki dan cuba meminta cerai atau mintak lepas dengan secara paksa. Sebab situasi ini pernah berlaku dalam kehidupan orang yang terdekat dengan aku.

Dalam novel ni, huz telah ditinggalkan oleh isterinya iaitu maya kerana isterinya mengejar untuk hidup dengan lelaki lain dan memberi alasan yang c huz tidak dapat memberi kepuasan dalam nafkah batin. Dan kerana terasa tercabar c huz melepaskan maya dan maya telah meninggalkan huz dan anaknya iaitu zaskia ketika itu usia baru 5 bulan dan masih kecil. Dan c kecil tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu. Tapi c anak telah membesar dan baru nak sekolah tadika. Dan adik c huz iaitu ibtisam mencabar abangnya dengan mengiklankan yang abangnya ingin memberi anaknya kepada sesiapa yang mahukan anak angkat dan zahra telah membaca iklan itu di facebook dan telah telefon kepada huz dan dia mahu mengambil zaskia sebagai anak angkat. Dan huz juga talah menghantar zaskia ke tadika di tempat zahra bekerja dan dia hantar ke situ kerana di situ merupakan tadika isterinya kawannya. Dan dia percaya dekat tadika terbabit untuk menjaga anaknya. Dan bermulalah kisah di mana zahra cuba memikat huz yang seorang yang dingin dan tiada perasaan terhadap seorang perempuan. Dan tiba2... ibu kepada huz ingin mengambil zahra untuk menjaga zaskia kerana dia mendapati huz tidak mampu menjaganya kerana huz sentiasa sibuk dengan kerja dan huz pun memberi peluang kepada zahra untuk menjadi isterinya dan dia telah menetapkan syarat yang dia tidak akan jatuh hati dengan zahra dan zahra hanya menjaga zaskia sahaja. Itu saja tugas zahra. Hubungan mereka sentiasa dingin kerana huz memang tidak mahu memcuba untuk mengharmonikan hubungan terpaksa itu. Dan muncullah maya dan mengugut zahra dan dia mahu huz kembali kepadanya dan huz memang sekeras-kerasnya menolak. Kerana dia tahu maya mahu kembali kepadanya kerana mahukan harta dan kesenangannya. Dan akhirnya mereka hidup bahagia dan huz dan zahra dikurniakan seorang anak lelaki dan huz tidak lagi fobia kerana isterinya kali ini tidak meninggalkannya.

Setiap novel, peminat novel harus baca sendiri untuk kepuasan. So korang kena membacalah sendiri. Dan aku memang nak review sikit je pun. Kena baca sendiri kat mana konflik dia, apa yang jadi. Ok guys.... setakat ini dulu ye. Oh ya lupa pulak novel ni pun aku bagi 3 bintang...

No comments:

Post a Comment