Wednesday 20 April 2022

review novel : gemalai kasih - lynn safiya

 Ini reviewnya......

·         Ok.. kite berbalik kepada citer ye. Kisahnya bermula. Lau dibaca melalui sinopsisnya, aku rasa korang dah dapat dah hint2 citer dia. Memang la kan. Dah namanya ringkasan citer dia, apa la kau ni cik kiah duk asyik cakap org cliché… cliché… kau pun same la……

·         Aku dh bace novel ni berminggu2 dah… sebab aku dh xbukak my lappy comel ni. semalam apa datang angin kus2 aku ambik la laptop aku ni. so apa yang aku coret ni apa yang aku ingat je la erk.

·         Intan marliana… atau dipanggil lia,seorang anak yang taat kepada keluarga dan sering berkorban demi keluarganya. Dari dia belajar sampai la keputusan untuk hidup.dia diminta mengambil kos undang2 oleh ibubapanya sebab pada asalnya dia mahu menjadi cikgu tetapi kata ayahnya cikgu sekarang dah tiada orang hormat, memang betul apa yang dikatakan  oleh ayahnya itu, sebab guru sekarang dah tiada orang hormat dan diperlekehkan adalah. Sekarang trademark cikgu sekarang jaga periuk masing2 je la. Apa nak jadi dengan pelajar belakang kira. Jangan salahkan guru sebab???? Undang2 tiada lagi sebelah guru. Sekian….

·         Lia dipaksa kahwin dengan anak kawan ibunya kerana kawan ibunya teringin sangat dengannya untuk dijadikan menantu dan ibu lai bersetuju kerana ibunya mahukan anaknya itu hidup senang. Kerana dia, ibunya kata ibu dengan ayah sudah tua, jika kahwin dengan fendi tentu hidup senang kerana fendi dari golongan yang ada2.

·         Pada awalnya, lia tidak bersetuju, dan dia mahu berjumpa dengan fendi untuk mengajak fendi membatalkan perkahwinan tersebut tetapi di pihak fendi lain pula jadinya. Fendi bersetuju untuk berkahwin dengannya kerana ingin mengambil hak jagaan anaknya. Pada mulanya lia tidak mengetahui tetapi pada malam sehari lia menjadi isteri fendi telah menceritakan segalanya2. Begitulah ceritanya. Dan lia juga menerima dengan hati yang terbuka kerana dia melihat dengan pergorbanannya abang2nya kembali mendapat kasih sayang daripada ibubapa mereka dan baginya pergorbanan tersebut adalah sangat2 berbaloi.

·         Tapi hati mana tak kecewa bukan, selepas sehari menjadi isteri, fendi memintanya berlakon dan fendi akan melepaskannya selepas hak perjagaan anak dia yang dapat dan lia terpaksa bersetuju selepas kes ini selesai, fendi akan melepaskannya.

·         Sanggupkah fendi melepaskannya, anak fendi iaitu ina sayangkah dia dengan lia, dan juga lia redhakah dia dengan permintaan dan keputusan fendi tersebut…. Semuanya akan terjawab dalam novel ni. so korang kenalah baca sendiri ye. Okla…. Ti ada masa aku review lagi… aku tengah nak habiskan novel novelis ni la ni ada 2 biji lagi… dalam simpanan aku. Aku kene habiskan jugak dalam rak aku tu. Kan nanti novelis ni keluar buku baru tambah lagi satu biji buku pending. Aduhai…. Entahla labu…..

Tuesday 12 April 2022

review novel : mr. babe magnet??? Not!!! - lynn safiya

 JOM REVIEW........

·         . Kisahnya bermula. Farok tidak jadi kahwin kerana tunangnya melarikan diri. Entah pergi kemana. Dan majlis tersebut tiada pengantin lah kiranya kan. Pastu sepupu farok ni namanya azzahra telah jatuh cinta dengannya dari kecik lagi tetapi farok tetap tidak mahu dengan ara. Berbagai2 tomahan dilemparkan sampai dia kata ara ni perigi mencari timba.

·         Memang pada awalnya ara ni sayang sangat dengan farok tetapi dia dah tawar hati dengan farok dan mengajak zayn berkahwin dengannya kerana ingin menolong keluarga mak longnya yang dalam kesusahan iaitu malu dengan anak mereka tidak jadi kahwin dan mereka telah membayar mahal segala perbelanjaaan perkhwinan anak sulung mereka iaitu farok.

·         Zayn ni merupakan bapa saudara kawan baik ara iaitu c naim. Naim sendiri telah menawarkan diri untuk menjadi suami ara tetapi zayn membantah kerana dia rasakan anak saudara belum layak untuk menanggung tangungjawab sebagai suami. Dan zayn sendiri pergi berjumpa dengan ayah ara dan meminta izin untuk menjadi suami kepada anaknya itu.

·         Dan berkahwinlah mereka. Tetapi farok menagih kasih dengan ara, begitu juga dengan suraya iaitu bekas kekasih zayn juga menagih kasih dengan zayn. Masing2 mempunyai kisah silam sendiri.

·         Mana datangnya mr magnet tu. C naim memberi gelaran kepada pak saudaranya kerana semua perempuan akan datang melekat dengan paksunya itu tetapi paksunya tidak menyukai perempuan kerana baginya perempuan semuanya materialistic. Semua kebendaan.

·         Ara ni ramai peminat. Zack yang kat kampus tu suka kat dia. Saiful adik c naim suka kat dia. Farok pun mula sukakan dia. Naim berkawan rapat dengan c ara. Menyebabkan zayn cemburu..

·         Konflik macam biase je… suraya cuba dapatkan zayn dengan berbagai cara, dan zayn telah bersepakat dengan ayah suraya untuk kahwinkan suraya dan itu dapat mengelakkan suraya mengganggu zayn.

·         dan suraya berkahwin, zayn bebas dari gangguan suraya.

·         Citer ni happy ending. Aku boleh katakan suka jugak lah dengan novelis ni. dan aku mula2 beli novel novelis ni sebb tengok ramai yang bagi feedback atau review novel dia dengan baik. Sebab tulah aku mencari dan mengumpul novel novelis ni. senang je nak dapatkan novel novelis ni, aku beli je dengan terbitan love novel dan terbitan ni jual novel online je tak silap aku la. Ti aku review lagi ye sebab aku tengah menghabiskan novel pending ni.

review novel : semahal lafazmu - hash aulia

 

·                Jom review...

·         Watak perempuan, dia dijaga oleh keluarga angkat.. macamana terangkat aku tak tahu. Yang pasti adel ni memang dari kecil lagi disara oleh keluarga angkat. Dan keluarga mati dan tinggal dengan adik keluarga angkat. Seperti biasa akan didera dan dipulaukan. Dan tetiba dihalau oleh maksunya dan diambil balik oleh ibu kandungnya.

·         Manakala si ibu kandung menjaga anak angkat juga nama reez tu. Dan dia meminta reez mengganggap adel tu sebagai adik.

·         Dan tetiba si ibu sakit.. sakit apa cik kiah dah lupa tapi berkaitan dengan paru2. Dan dia meminta anaknya yang berdua ni kahwin, dan kahwinlah mereka dan si ibu mati.

·         Berlakulah kisah perebutan harta antara orang luar iaitu mak saudara angkat adel dan keluarga kawan musuh syarikat ibu adel. Dan mereka bersepakat untuk memisahkan adel dan reez. Mereka menfitnah reez kahwin kerana harta. Dan adel mempercayainya.

·         Mulalah si isteri meminta cerai tetapi suami tidak mahu menceraikannya. Dan satu hari reez melihat pak saudara angkat adel meletakkan racun dalam minumam dan reez meminumnya dan sakit masuk hospital. Dan semuanya terbongkar.

·         Si penjahat masuklah penjara dan mereka hidup bahagia.

·         citer ni cliché. Perebutan harta. Happy ending juga. I like happy ending.

·         Relate dengan dunia reality memang harta adalah segalanya. Orang berharta diatas dan begitulah sebaliknya.

review novel : My mr setan- hash aulia

 

·           Jom review...

·         Xia memulakan persengketaan dengan alex ketika itu alex baru balik ke Malaysia.alex ni kiranya lelaki yang ada darah campuran dengan mat salleh la.

·         Xia terlanggar alex dan mengambil kunci kereta alex dan menyimpan di tempat rahsia perempuan dan meminta alex mengambilnya sendiri disamping alex tidak mahu memberi telefon yang juga di tangan alex. Begitu la persengketaan yang berlaku di antara mereka berdua.

·         Alex meminta amar selaku bodyguard dan rakan baiknya mencari butiran peribadi xia. Dan amar memberitahu yang xia bekerja di syarikatnya.

·         Alex ingin mendapatkannya tidak kira secara halal dan haram. Dan xia tidak mahu secara haram dan alex mengahwini xia dalam secara terpaksa.

·         Hubungan mereka seperti biasa.. suami isteri pada dasar tapi mereka membuat hal masing2..

·         Opss lupa… cik kiah nak habaq… kat mana mr setan tu, pada suatu hari waktu mereka belum berkahwin, alex menjemput xia ke kondonya dan memberitahu yang dia ingin  badan xia tetapi xia tidak memberi dan alex berkata dia akan cuba jugak mengambil kehormatan xia walaupun dalam keadaan paksa, alex meletakkan ubat tidur didalam minuman xia dan xia pengsan dan menghantar xia balik ke rumah sewanya. Dan xia menggelarkan alex dengan gelaran tersebut kerana menyangka yang alex telah menidurinya

·         Bab climax… alex cemburu dengan xia , dengan mengatakan xia curang dengannya dan rupanya dia salah sangka kerana orang itu adalah amar, dan dia cuba meminta maaf dengan xia. Dan lama kelamaan dalam pujukan alex, xia merasa rindu dan memaafkan alex.

·         Citer ni adalah happy ending. Sekeras2 perempuan akan ada lembutnya. Begitu juga dengan xia. Tapi cik kiah suka walaupun cliché. N alex tidak mempercayai cinta kerana dia mempunyai pengalaman iaitu keluarganya sendiri, ibu bapa mereka hanya berkhwin hanya untuk mendapatkan zuriat dan selepas itu ibu bapanya bercerai, ayahnya meninggalkan maknya. 

review novel : mr iceberg - hash aulia

 

·         Novel ni cik kiah dah beli lama tapi dulu takde masa nak habiskan  waktu dengan membaca. jom review.

·

·           Danina ditinggalkan oleh firman pada hari perkahwinan mereka. Dan  dia dipaksa oleh ayahnya untuk kahwin dengan mana2 lelaki kat situ untuk tutup malu. Then zarif lah yang jadi penyelamat mereka. Zarif ni kiranya adik lelaki firman la.

·         Selepas majlis ayahnya tidak menyukai menantu dan marah kan anak kerana tidak menyelidik siapa dulu yang akan jadi menantu mereka. Dan tidak membenarkan anaknya mengikut menantu balik kg untuk majlis sambut menantu tetpi si anak tetap hadir kerana padanya dia telah menyelamatkannya dari malu apa salahnya dia juga begitu.

·         Danina meminta kebebasan dan zarif membenarkan dan selepas majlis sambut menantu danina keluar dari rumah zarif dan bekerja dengan bapa saudaranya yang merupakan adik kepada mamanya. Dan baliklah c sepupu iaitu reenia. Dan zarif juga berhijrah dan juga bekerja dengan bapa saudara danina dan juga memerangkap bodyguard reenia.

·         Yang konfliknya, reenia jatuh cinta dengan suami sepupu sendiri dan dia memberitahu danina dan danina tidak membenarkan hal itu terjadi. Dia tidak mendapat zarif secara baik dia mengambil secr kasar kata reen. Dan reen mengotakan janji dengan menyeksa zarif berada di tengah panas dan menarik projek yang dari syarikat bapa saudara iaitu ayah danina.  Kerana harta ayahnya tidak mengaku anak dan tidak membenarkan danina berada di rumahnya.

·         Danina mengikut zarif ke mana zarif berada dan pada satu hari danina terjumpa kembali dengan firman dengan seorang bayi dan firman menyuruhnya kembali kepadanya kerana babynya memerlukan seorang ibu.

·         Zarif tidak membenarkan hal itu dengan mengatakan danina juga mengandung dan bayinya juga memerlukan ibu. Dan di saat itulah bermulanya kisah suami isteri yang sebenar.

·         Selepas kembali ke Bandar, zarif menyelesaikan segalanya, dia membayar hutang bapa mertuanya kerana syarikat tersebut mengalami kerugian, dismping itu juga, danina mengizinkan zarif merawat reen, kerana terlampau sayangkan zarif dia tidak dapat menerima hakikat dan akhirnya kemurungan. Dia buat keputusan seperti itu sebab dia tidak sanggup melihat sepupunya berkeadaan seperti itu, jika dengan zarif dia dapat sembuh dia sanggup berkorban. Dan zarif cuba menolong keluarga majikannya dan c danina tahan rasa.

·         Keluarga dikampung juga datang memohon maaf dan keluarga mertuanya juga memohon maaf dengan zarif. So citer ni happy ending.

            

review novel : perempuan 10 ringgit - hash aulia

·         Novel ni bagi CK cliché.. dan CK tgk review ok jgklah itu yang menyebabkan cik kiah beli.

·         Citernya, si boyfriend perempuan rieya ingin menjual rieya kepada seorang lelaki club untuk dijadikan pelacur demi membayar hutang. Dan c rieya melarikan diri dan terlanggar c hero iaitu c dazriq.

·         Dan bermula kisahnya, dazriq mifzal  menyelamatkan rieya dan membawa rieya lari dari genggaman carlo iaitu lelaki yang boyfriend rieya berhutang.

·         Dan daz melepaskan rieya pergi dan dia memberikan rm10 kepada carlo, katanya itu nilai rieya dan begitu juga hutang carlo kepadanya juga langsai.

·         Daz jatuh cinta dengan rieya dan ingin menjadikan rieya isteri dan dia meminta izin dari papa dan mamanya tetapi papanya tidak mengizinkan. Dan dia berkahwin secara sembunyi dengan rieya

·         Yang clichenya, biasa la hero akan ada seorang lagi watak perempuan yang akan jatuh cinta dengannya atau ingin memilikinya.

·         dan papa daz juga ingin kawinkan mereka berdua dan daz tidak mahu. Dan sofia membuat kerja gila iaitu ingin membunuh rieya dan daz.

cinovel ni  happy ending ye korang.... daz asyik sibuk nak buat baby je salah satu terpengaruh c papa. Papa menerima perkahwinan anak dengan tenang hati.

·         Citer ni bagi cik kiah oklah.. boleh la dibaca Cuma satu je… situasi citer ni yang xde gap. Terus sambung ke bawah. Maybe novelis ni baru lagi menulis ataupun editor tidak edit dengan betul. Sebab setau cik kiah setiap novel mesti akan di edit oleh seseorang.  Tak kira la penulis tu sendiri pun. Kiranya panggil editor jgk kan. Belajar dari pengalaman. Novel ni dah lama, cik kiah beli pun yang cetakan ke2 dah. Biasalah terpengaruh dengan media social. Asyik tengok novel terus nak beli tak kira gendre ape.. main bedal je.

·         Itulah dipanggil peminat novel. Ok la cik kiah nak blah dulu nak sambung baca yang lain. CK bagi 3 star. oh ya lupa nak bagitau sape2 nak novel ni blh la comment cik kiah rase cik kiah nak jual la. 


Wednesday 30 March 2022

review novel : isteri ganti tengku izzue iskandar 2 - siti nur dhuha

 

·         Novel ni, biasa2 je bagi aku. Meh sini aku review ye.

·         Pada sequel kali ni banyak betul halangan antara izzue dengan Emily.

·         Salah satunya, keluarga izzue yang sering menjadi halangan bagi Emily.contohnya, ibu dan bapa izzue tahu perkahwinan mereka ni dari sarah… memang perempuan tu xsedar diri tu. Bagi aku la. Dah orang xnak tu pergi jauh2… dan yang paling penting dia tu  dah la curang.

·         Ibu izzue sampai 2 kali membunuh anak mereka berdua. Apa pentingnya darjat keturunan. Biarlah dari keturunan baik bukan dari darjat yang tinggi. Sampai sekarang orang kaya memang nak anak mereka kahwin dengan keturunan yang kaya jgk. Memang reality pun ada macam ni jgk.

·         Ke2… kawan baik sendiri yang menjadi dalang kerana cemburu dengan kawannya kerana dapat kehidupan yang baik. Sesiapa pun mampu mendapat kebaikan yang baik dengan perangai yang baik jugak, hati jangan busuk. Tetapi kebanyakkan sekarang ramai je hati yang busuk. aku sendiri pun tak faham.

·         Yang pastinya novel ni adalah sambungannya dan happy ending. Yang pasti seorang anak sangat merindui keluarganya. Keluarga izzue kembali bersama dengan menantu yang pada awalnya tidak disukai.

        bintang bagi novel ni pun sama 3 bintang. kadang2 aku rase kenapa perlu ada sequel... kenapa xletak je dalam satu novel. biar panjang pun xpe. aku pasti orang akan beli walaupun mahal yang penting citer tu dijadikan satu buku.