Tuesday, 12 April 2022

review novel : mr. babe magnet??? Not!!! - lynn safiya

 JOM REVIEW........

·         . Kisahnya bermula. Farok tidak jadi kahwin kerana tunangnya melarikan diri. Entah pergi kemana. Dan majlis tersebut tiada pengantin lah kiranya kan. Pastu sepupu farok ni namanya azzahra telah jatuh cinta dengannya dari kecik lagi tetapi farok tetap tidak mahu dengan ara. Berbagai2 tomahan dilemparkan sampai dia kata ara ni perigi mencari timba.

·         Memang pada awalnya ara ni sayang sangat dengan farok tetapi dia dah tawar hati dengan farok dan mengajak zayn berkahwin dengannya kerana ingin menolong keluarga mak longnya yang dalam kesusahan iaitu malu dengan anak mereka tidak jadi kahwin dan mereka telah membayar mahal segala perbelanjaaan perkhwinan anak sulung mereka iaitu farok.

·         Zayn ni merupakan bapa saudara kawan baik ara iaitu c naim. Naim sendiri telah menawarkan diri untuk menjadi suami ara tetapi zayn membantah kerana dia rasakan anak saudara belum layak untuk menanggung tangungjawab sebagai suami. Dan zayn sendiri pergi berjumpa dengan ayah ara dan meminta izin untuk menjadi suami kepada anaknya itu.

·         Dan berkahwinlah mereka. Tetapi farok menagih kasih dengan ara, begitu juga dengan suraya iaitu bekas kekasih zayn juga menagih kasih dengan zayn. Masing2 mempunyai kisah silam sendiri.

·         Mana datangnya mr magnet tu. C naim memberi gelaran kepada pak saudaranya kerana semua perempuan akan datang melekat dengan paksunya itu tetapi paksunya tidak menyukai perempuan kerana baginya perempuan semuanya materialistic. Semua kebendaan.

·         Ara ni ramai peminat. Zack yang kat kampus tu suka kat dia. Saiful adik c naim suka kat dia. Farok pun mula sukakan dia. Naim berkawan rapat dengan c ara. Menyebabkan zayn cemburu..

·         Konflik macam biase je… suraya cuba dapatkan zayn dengan berbagai cara, dan zayn telah bersepakat dengan ayah suraya untuk kahwinkan suraya dan itu dapat mengelakkan suraya mengganggu zayn.

·         dan suraya berkahwin, zayn bebas dari gangguan suraya.

·         Citer ni happy ending. Aku boleh katakan suka jugak lah dengan novelis ni. dan aku mula2 beli novel novelis ni sebb tengok ramai yang bagi feedback atau review novel dia dengan baik. Sebab tulah aku mencari dan mengumpul novel novelis ni. senang je nak dapatkan novel novelis ni, aku beli je dengan terbitan love novel dan terbitan ni jual novel online je tak silap aku la. Ti aku review lagi ye sebab aku tengah menghabiskan novel pending ni.

No comments:

Post a Comment