Saturday, 20 October 2018

review novel: gantung - nadia khan




Novel ni keluaran fixi.. aku dh beli lama dah Cuma xde kesempatan aku nak bace sebab aku terlampau banyak novel jiwang lain. Jadi novel seram ni aku beli dalam kuantiti yang sikit je la. Tapi aku bace jugak novel seram sebab kakak aku minat sangat2 dengan novel seram. Jadi aku dah save bajet untuk novel seram. Tapi untuk keluaran fixi, kakak aku tak berapa minat jadi aku kenalah beli sendiri. Sebab tu la aku beli dengan kadar yang sikit je. So.... sekarang aku mula membaca. Itupun baru siri 1. Novel ni ada sequel dia tau. Untuk pengetahuan korang... aku tengok drama citer ni dulu baru aku baca novel ni. So dalam drama macam tergantung. So lau nak tau ending... bacalah novel.

Novel ni menceritakan sekumpulan pelajar lelaki yang boleh dikategorikan student nakal2 la. Kumpulan dia terdiri dari gibbs,troll,ray dan kj. Kumpulan ni mempunyai peraturan sendiri tau yang dipanggil muskeeter code. Group ni cakap sorang cari lauk semua kena makan la. Macamana nak terang erk... aku boleh terangkan tapi macam tak syok la pulakkan.  Dan aku rasa tak perlulah aku jelaskan. Sebab mende ni agak kasar jugak. Tu perkataan lauk tu agak kasar bagi aku. Memang buku keluaran fixi banyak jugak bahasa kasar dia tapi bagi aku ok je. Sebab kita boleh belajar kan. Dengan bahasa slange yang dipakai oleh orang muda zaman sekarang. Kalau korang nak tau penjelasan peraturan tu lebih baik korang baca sendiri.

Gibbs ni seorang anak orang kaya la dalam citer ni. Dan ramai perempuan yang sukakan dia la. Lebih kurang macam tu. Manakala troll seorang atlet sekolah dan mempunyai tubuh yang sado. Ray seoarang ahli seniman dalam citer ni. Dan kj seorang  yang mempunyai idea yang giler2 dalam kumpulan ni. Kj ni perwatakan ala-ala kpop gitu. Al maklum la budak2 zaman sekarang terlampau minat dengan kpop. Mana comel entah semuanya surgery.

Kisahnya bermula lah.. seorang perempuan dalam citer ni namanya deepa. Jatuh cinta dengan gibbs tapi gibbs tak nak pun dengan dia. Tetapi gibbs jatuh hati dengan fara roomate deepa. So bermacam2 cara yang deepa lakukan supaya gibbs jatuh hati dengannya. Sampai sanggup melakukan peraturan kumpulan tersebut. Tetapi semua ahli group tu tak berminat dengannya. Sampai la satu ketika troll dengan kj mempunyai idea untuk kenakan deepa sampai deepa kena depression @ kemurungan. Banyak zaman sekarang orang kena kemurungan. Dan pada satu hari deepa bunuh diri di dalam auditorium tempat ray buat pementasan teaternya.  tetapi deepa pada masa yang sama keluar dengan gibbs. Gibbs terima pelawaan deepa untuk kali terakhir. Disini juga kita tak tahu siapakah yang keluar dengan gibbs??... korang rasa siapa....???

Dan semua ahli group tersebut telefon gibbs supaya datang ke auditorium tersebut untuk lihat mayat deepa.  Dan kisahnya.... ray  jatuh kemurungan kerana bersalah. Bersalah sebab apa?? Disini pun boleh korang tertanya2.

Dan pada masa kini, ada seorang pelajar iaitu jeremy yang juga mempunyai minat seperti ray. Dia mahu meneruskan legasi ray sebagai director teater sekolah seperti ray. Ni kira2 10 tahun akan datang macam gitu la. Dan fara menjadi guru kaunseling di sekolah tersebut.  Mungkin fara ada sebab2 tertentu mengapa dia mahu menjadi guru kaunseling disitu dan tidak menjadi doktor sedangkan resultnya boleh tahan jugak.

Dan cikgu memanggil khalil datang kembali ke sekolah tersebut dan untuk memperbaiki apa yang terjadi disekolah terbabit. Dan ray memberi satu naskah skrip kepada jeremy untuk dipentaskan. Dan jeremy terima dengan hati yang senang kerana dia memang meminati karya ray. Dan mereka melakukan pementasan taetar terbabit dan gibbs dan kj turut serta tetapi tidak troll.

Rupa2nya gibbs tidak boleh move on yang bahawa dia telah mati dan kj turut berada di situ untuk menganggu dan melihat budak2 disekolah terbabit. Mereka telah meninggal dunia disebabkan oleh abang angkat deepa. Selepas deepa membunuh diri, abang angkat deepa tidak dapat menerima kenyataan dan datang ke sekolah dan masuk ke bilik gibbs dan membunuh gibbs, troll dan kj. Abang angkat deepa tidak membunuh ray kerana dia mahu ray kemurungan dan rasa bersalah sepanjang seumur hidup. Dan kenapa troll tidak datang semasa pementasan berlaku kerana troll telah move on dengan hidupnya dan fara mengajar disitu kerana dia mahu mengingati kekasihnya iaitu gibbs.

Lupa nak habaq.... ray telah masuk islam dan namanya khalil. Endingnya korang kena baca sendiri. Sama ada gibbs dengan kj masih bersama ray ataupun dia dah move on seperti troll. Best jugak la citer dia. Sebab tu la boleh dijadikan drama. Dan citer ni bahasanya agak kasar dan pembacanya jugak haruslah pembaca matang.

K la... setakat ni je aku review. Ti ku review yg sequel dia pulak ye.... ti baca lambat2 kene baca balik yang pertama sebab aku baca review kena baca yang pertama dulu baru boleh bace yang ke2. Aku ni jenis yang baca je yang mana aku nak baca dulu tapi bile baca review suruh baca yang pertama dulu. Aku kena lah ikut saranan orang kan. Dan aku bagi 3 star citer ni.



No comments:

Post a Comment