Tuesday, 16 October 2018

review novel: jika itu yang tertulis - ruby nur airis



Buku ni aku dah beli lama.. tapi aku takde masa nak bace lagi . semalam aku punya mood nak membaca novel datang. So aku ambik la novel yang aku beli sempena pbakl 2018 baru-baru ni.

Aku suke tengok cover novel ni. Entah la merah sungguh dan nampak cantik. Memang ia salah satu menarik minat aku untuk membelinya. So jom kite review berdasarkan pembacaan aku la. Kalau korang rasa tak best review aku... korang jangan follow. Hehehehe... jangan ada yang sentap ye. Oden tak suke.

Ok la. Novel ni mengisahkan pasangan kahwin muda. Korang rasa cukup pengalaman ke. Dah jodoh tak ke mana kan. Izzad bercinta dengan maya yang merupakan mak saudara (maksu) kepada farha. Dan kerana cinta izzad mengajak maya berkahwin tetapi maya tidak sudi berkahwin dengannya kerana dia mengatakan dia masih muda dan tidak mahu mengambil komitmen dan takut tubuhnya berubah selepas berkahwin. dan dia meninggalkan izzzad.

Dan pada satu hari mak izzad pergi kenduri dan maknya memberikan kad kepada izzad dan izzad melihat kad tersebut dan dia terkejut kerana pengantin perempuan tersebut merupakan perempuan yang dia sayangi. Dan perempuan itu berkahwin dengan seorang dato muda dan sangat kaya raya. Sedarlah izzad hanya kerana harta perempuan tersebut berubah. Dan izzad mengambil langkah untuk pergi ke majlis tersebut. Dan dia bertemu dengan dengan kanak-kanak kecik dan memberitahu dia mahu bertemu dengan kakak dan bernama maya. Tetapi budak tersebut tidak mengenali dengan nama maya.dan dia memberitahu nama kirana dan datanglah seorang gadis yang dia juga tidak mengenali dan dia telah memeluk gadis tersebut dan dia tersalah orang.

Dan dia berjumpa lagi dengan farha ketika itu izzad menjadi fasilitator untuk satu kem motivasi untuk pelajar yang mengambil peperiksaan.farha telah memberitahu kepada yang di telah jatuh suka dengan izzad. Dan izzad pun sama. Dia ajak berkahwin dengan farha. Dan farah mengajak berjumpa dengan keluarga. Dan ibubapa farha telah bersetuju dan meminta izzad datang dengan keluarga untuk meminta dengan cara baik dan beradat.

Keluarga izzad datang bertandang ke rumah farha untuk meminang farha. Mereka bertunang dulu dan selepas spm mereka akan berkahwin dan di situ dia berjumpa dengan maya. Dan dia terkejut kerana tak sangka farha merupakan anak saudara kepada maya. Dan maya menagih cinta dengan izzad. Dan memceritakan hal rumah tangganya kepada izzad. Dia berkata dia masih sayangkan izzad.

pada satu malam maya datang ke rumah sewa izzad dan masuk ke bilik izzad untuk menggoda izzad dan dia juga menberitahu izzad yang suaminya mati pucuk dan dia selalunya memuaskan nafsu dengan rosli yang merupakan kawan serumah izzad dan dia juga memberi kun pendua kepada maya untuk masuk ke rumah sewa mereka.

Akhirnya izzad berkahwin dengan farha tetapi malangnya dia mengalami kemalangan jalan raya dan dia hilang ingatan. Dan di dalam kemalangan tersebut ibubapanya dan maksaudara dan bapa saudaranya telah meninggal dunia. Dan farha tidak mengingati izzad.
Dan mereka bekerja satu bumbung dan izzad cuba mengambil hati farha. Tetapi farha tetap tidak mengingati izzad sebagai suami. Dan demi untuk menimbulkan rasa cemburu sang isteri, izzad telah mengupah seorang gamer yang bernama airis. Dan airis memainkan peranan dengan bagus dan farha merasa cemburu. Dalam kekalutan tersebut izzad memberitahu yang farha adalah isterinya. Dan selesai masalah mereka.

Shahril pada mulanya menyimpan perasaan kepada farha juga merelakan dan melepaskan farha dengan baik kepada izzad. Manakala maya, dia mati dengan agak tragis jugak dengan satu tolakkan daripada rosli dan rosli akhirnya membunuh diri dengan berhalusinasi maya datang menjemput. Dan mereka juga takut kerana telah melanggar lari izzad dan farha.

Epilognya citer nie... mereka berdua akan mempunyai anak ke3 dan sebelum ini mereka mempunyai sepasang kembar semasa farha hilang ingatan dan anak lelaki (faqih) di jaga oleh izzad dan yang perempuan (insyirah) di jaga oleh keluarga dato kamarul iaitu bapa saudara farha dan juga merupakan ayah shahril. cerita ni happy ending.

No comments:

Post a Comment