Wednesday, 30 March 2022

review novel : isteri ganti tengku izzue iskandar - siti nur dhuha

 


·         Novel ni, biasa2 je bagi aku. Meh sini aku review ye.

·         Untuk pengetahuan korang novel ni ada sequel tau, ni kiranya siri 1 la katakan. Sarah berkahwin dengan izzue atas pilihan keluarga. Dan pada malam pertama atau malam pengantin diaorang, sarah meminta izin keluar daripada suaminya, katanya nak berjumpa tukang jahit. Dan pada awalnya izz menegas tetapi dia tetap mahu jugak pergi. Dan sarah keluar, tanpa pengetahuan sarah izzue telah mengikutnya. Manakala Emily telah mendapat panggilan dari kawannya yang bernama ain yang mengatakan tunangnya ada check in di dalam hotel tempat dia bekerja. Dan Emily datang ke tempat bilik yang di bagitahu oleh ain.

·         Dan disitu Emily dan izzue mengetuk pintu dan farhan yang membuka pintu dan terkejut melihat Emily dan izzue di luar. Dan izzue menampar sarah dan farhan menghalang dengan mengatakan yang sarah mengandung, dan izzue terkejut dan dia telah melafazkan cerai talak satu kepada sarah.

·         Sarah telah menjadi janda di hari perkahwinannya sendiri. Dan izzue mengambil Emily yang masih menangis dengan nasib diri kerana dia juga akan berkahwin dengan farhan dalam masa seminggu lagi. Dan izzue membawa Emily ke rumahnya dan melepas kecewanya kepada Emily dan dia juga mengurung Emily di dalam bilik.

·         Dan pada keesokkannya dia menghantar Emily ke rumahnya, dan di rumah tersebut Emily di pukul oleh ibu tirinya dan kerana farhan telah menyebarkan fitnah kata Emily yang curang dengan izzue. Farhan mengatakan Emily berzina dengan izzue

·         Emily mempunyai seorang ayah yang lumpuh dan tidak dapat untuk melindungi anaknya, pada awalnya dia percaya fitnah tersebut tetapi lama kelamaan dia menyesali kerana tidak percaya kepada anak sendiri.

·         Izzue melihat sarah masuk ke dalam rumah Emily dan dia juga masuk dalam rumah tersebut, dan dia melafazkan cerai kali ke2 dirumah Emily kerana tidak tahan dengan cerita palsu yang disampaikan oleh sarah dan farhan.

·         Izzue menyampaikan hasrat untuk berkahwin dengan Emily tapi diperlekehkan oleh mak tiri Emily. Dia kata farhan gaji besar, kerja dengan syarikat besar… dan dengan serta merta izzue memperhentikan farhan keje dan jadilah farhan penganggur.

·         Ayah Emily memanggil izzue dan minta izzue menjaga anaknnya. Dan izzue bersetuju. Dan mak tiri Emily meminta wang hantaran tinggi dan dia memberitahu yang dia akan membunuh ayah Emily.

·         Akhirnya Emily berkahwin dengan izzue dan izzue membawa Emily ke villa dan dia membawa Emily ke bilik dan Emily meminta mereka tidur berasingan kerana dia masih tidak dapat menerima izzue kerana mereka baru kenal antara satu sama lain dan dia juga meminta supaya izzue menghantarnya pulang kerana dia ingin menjaga ayahnya yang lumpuh itu kerana dia tahu yang mak tirinya itu jahat.

·         Pada keesokkannya Emily ke rumah ayahnya dan dia melihat mak tirinya pergi tergesa2 dan dia masuk ke dalam rumah dan melihat ayahnya telah diracun oleh ibu tirinya dan ayahnya meninggal.

·         Akhir cerita, perkahwinan mereka berdua telah diketahui oleh ibu izzue dan ibu izzue meminta izzue menceraikan Emily tetapi izzue memohon yang dia tidak mahu menceraikan Emily kerana dia telah jatuh cinta dengan Emily dan ibunya meminta izzue merahsiakan perkahwinan anaknya itu dari ketahuan umum dan izzue setuju asalkan dia tidak berpisah dengan isterinya.

·         Dan pada satu hari sarah ingin berjumpa dengan izzue dan izzue berjumpa dan dia tidak sangka yang bahawa itu adalah perangkap sarah untuknya dan dia disuntik dengan suntikan untuk melepaskan nafsu dan dia akan menjadi agresif dan izzue takut sesuatu terjadi terus dia melarikan diri dari sarah dan dia pulang ke rumah dan dia minta Emily jangan keluar dari bilik kerana dia bimbang yang dia tidak dapat melawan nafsu. Tetapi malangnya Emily tetap datang di hadapannya dan dia melakukan hubungan suami isteri.

·         Daripada hubungan tersebut lahirlah benih dari bukan hubungan cinta antara suami isteri tapi keinginan suami terhadap isteri. Dan Emily tidak mahu anak tersebut dan dia minta izzue ceraikannya. N tamat…. Siri ini akan bersambung. Berceraikah mereka kerana Emily telah meminta cerai… sanggupkah izzue hidup tanpa wanita kesayangan disisi.

    bintang untuk novel ini adalah 3 bintang.

No comments:

Post a Comment