Tuesday, 14 May 2019

review novel : mr. sexy's sugar - crystal anabella



Ni review aku.... novel ni merupakan novel ke- 3 yang aku bace novel pbakl’19 baru-baru ni. Novel ni akan dikeluarkan pada bulan mei ni xsilap aku la. Novel ni merupakan kedua yang aku baca tentang heroin menjadi bodyguard. ni kali pertama aku review full. aku rase la.

Noah merupakan seorang lelaki yang possessive dan kuat cemburu jgk la. Dia berjumpa dengan erin sudah lama. Pada permulaan cerita lagi. Mereka berjumpa di sebuah teksi ketika itu noah melanggar teksi yang dinaiki oleh erin, dan erin memberikan noah gula-gula. Disebabkan itu noah memanggil erin dengan gelaran sugar. Dan hanya dia seorang sahaja yang memanggil erin dengan panggilan tersebut. Ini boleh dikatakan cinta pandang pertama jugaklah. Noah mengambil erin bekerja dengannya sebagai pengawal peribadi kerana erin  pernah membantunya satu ketika dahulu. Manakala noah mendapat gelaran mr. Sexy. 

Manakala erin pulak hidup adalah untuk membalas dendam kerana keluarganya telah dibunuh dengan kejam dan dia mempunyai sahabat iaitu jibrael. Mereka mencari kumpulan red heyda. Kumpulan inilah yang membunuh keluarganya dengan kejam dan mereka juga merogol adik erin iaitu effa. Effa merupakan kekasih jibrael. Manakala jibrael kumpulan ini membunuh abangnya iaitu muzil dan juga merupakan kekasih hati erin. Begitulah rentetan hidup mereka berdua.

Noah selalu berlawan dengan jibrael kerana semua mengatakan erin tu merupakan perempuan jibrael. Kerana sayang dan cemburu noah tekad mengambil erin sebagai isteri. Pada awalnya erin menolak dan reject terus lamaran noah. Berkali-kali noah direject oleh erin. Pada satu erin diculik oleh orang yang jibrael dan ingin merogolnya dan dia telah diselamatkan oleh noah. Dan bermula dari situ la erin melamar noah dan menerima lamaran noah.

erin menjadi isteri secara rahsia noah adalah permintaan erin. Erin tidak mahu jibrael mengatakan yang dia nak hidup bahagia tanpa selesai membalas dendam.  Dalam dia menjadi isteri noah mereka melayar bahagia dan sehinggalah satu hari jibrael memberikan satu pendrive yang mengatakan yang noah membunuh semua ahli keluarganya dan juga kekasih hatinya. Dan erin telah cuba membunuh suaminya sendiri. dan noah memberitahu yang itu bukan dia.

Erin meninggalkan noah kerana dia tidak sanggup hidup dengan lelaki yang telah merosakkan keluarganya dan dia mengatakan dia juga telah membunuh suaminya sendiri. dia telah tersiksa kerana mendengar iffa menyebut namanya ketika mereka melakukan perbuatan kejam kepada iffa. Dan dia telah melarikan diri dengan jibrael. Mereka sentiasa berpindah sesuatu hotel ke satu hotel kerana tidak mahu di jejak oleh noah.
Manakala noah kecewa kerana yang pelaku didalam video tersebut bukan dia tetapi abangnya dan dia harus menanggung semuanya. Dan dia sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tahu kes itu tetapi tak pernah menceritakan kepadanya.
Erin ingin menerima kembali noah tetapi perasaan bersalahnya kepada noah terlalu tebal kerana dia pernah cuba membunuh suaminya sendiri. dan dia setuju mahu mengikut jibrael pindah dan membina hidup baru. Tetapi malang tidak berbau, mereka tidak dapat melarikan diri kerana polis mencari jibrael dan jibrael memberitahu yang dia tidak akan membiarkan keluarga yang telah membunuh abangnya hidup bahagia dan mereka juga harus mati.

Erin menghalang jibrael daripada membunuh suaminya. Dan betul-betul melakukan perkerjaannya menyelamatkan noah dari musuh. (jibrael ingin melanggar noah dan keluarganya dengan lori tetapi dihalang oleh erin). Di dalam pelanggaran itu, erin koma dan jibrael mati.

Di akhirnya novel ni, mestilah happy ending... mereka hidup bahagia selepas erin sedar dari koma. Aku suka novel ni. Boleh dikatakan aku akan simpan la dan dijadikan koleksi. Kalau aku tak suka aku bagi kat perpustakaan. Biarlah orang bace jgk dari berhabuk kat rumah kitakan.



~ kata2~



@kebahagian akan dapat dicapai jika kita mengikhlaskan semua yang terjadi


@kembangkanlah cinta dengan corak yang berwarna-warni.

@lepaskanlah masalah dengan secara waras dan janganlah kita memendam masalah

@beri peluang orang untuk membantu kita, dan percayalah ianya akan hilang sendirinya



No comments:

Post a Comment