Buku ni aku
beli kat pbakl 2019 dan ia juga merupakan buku pertama yang aku baca daripada
buku –buku yang banyak aku beli tu. Buku ni pod tau dan karya chick lit. Jom review
novel ni. Novel ni takdela tebal mane tapi kekangan masa nak baca tu. Tu yang
lambat nak habis sampai makan masa 2 hari jgk la.
Novel ni
memang best giler. Banyak yang kita tahu. Kisahnya, Aeldra ni telah jatuh cinta
pada ailyn dari pertama kali dia melihat ailyn sewaktu mahu membeli pc. Tetapi
ailyn tidak melayan sebab aeldra masih muda dan dia juga mempunyai kekasih hati
yang lama dia bercinta. Cuba korang bayang selama 11 tahun mereka bercinta. Nama
kekasih ailyn afeef. Afeef ni seorang arkitek dan mempunyai firm sendiri. dia mempunyai
patnership dengan azim. Azim juga bercinta dengan kawan ailyn iaitu fai.
Berlakulah satu
kisah yang ailyn pergi menerjah ke rumah bujang kekasihnya kerana dia tahu yang
afeef tu pasti membawa perempuan lain kerana dia telah terserempak sebelum
tu.tersempak kat mana korang kena bacalah sendiri.
Dan ailyn
meminta putus dengan afeef dan terus keluar dari rumah tersebut. Dan bermula
disinilah kisah takdir dalam novel ni. Satu novel mempunyai 2 kesudahan.
Tapi kat
sini aku malas la nak ulas yang ending 1 tu. Aku lebih suka ending kedua. Sebab
apa kat situ mereka bahagia. Dan disitu jugak kita boleh tahu semua perangai
watak-watak dalam novel ni.
Korang cubalah
dapatkannya sekarang sebab karyaseni tengah bukak order ni. Rugi tau
korang kalau tak baca novel ni. Memang best sangat2 novel ni. Aku bagi novel 5
bintang.
No comments:
Post a Comment